FAQ
Pesanan
Anda boleh membuat pesanan dengan klik butang Pesan Sekarang. Selepas itu, anda akan dibawa ke WhatsApp Customer Service kami. Kemudian, anda perlu;
- Mengisi borang yang disediakan.
- Setuju dengan segala terma dan syarat.
- Membuat pembayaran ansuran sebanyak RM150/bulan selama lapan (8) bulan).
- Sewaan selama 3-bulan (berjumlah RM450) adalah wajib sebelum anda memilih untuk memiliki atau memulangkan peranti selepas tempoh sewaan. Kami akan menghentikan ansuran bulan selanjutnya (5-bulan) selepas peranti selamat dikembalikan kepada syarikat.
Setelah membuat pesanan, kami akan menghantar peranti ini ke alamat yang diisi di dalam borang. Anda boleh terus gunakan peranti ini setiap hari selama tiga bulan sebaik sahaja penghantaran tiba. Kami akan menghantar mesej susulan melalui WhatsApp dan berikan sebarang sokongan yang anda perlukan.
Ada tiga (3) sebab kenapa pesanan anda ditolak;
- Kami masih belum menerima bayaran atau bukti pembayaran daripada anda.
- Anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat kami.
- Anda tidak melepasi skor penilaian kredit kami (melalui CTOS).
Anda tidak boleh membatalkan pesanan selepas anda mula membayar sewa sebanyak RM150/bulan. Anda hanya boleh memulangkan peranti selepas tempoh sewaan TIGA BULAN tamat dan menghentikan pembayaran selanjutnya; kami tidak akan memproses sebarang bayaran balik untuk jumlah sewa tiga bulan.
Anda perlu memulangkan peranti ini kepada kami dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh akhir tempoh sewaan anda. Kami akan membatalkan ansuran untuk bulan selanjutnya. Selain itu, anda juga boleh pilih untuk memiliki peranti ini dengan membayar baki jumlah secara keseluruhan atau ansuran bulanan (RM150/bulan untuk lima (5) bulan selanjutnya atau baki berjumlah RM750).
Sila maklum bahawa peranti hendaklah dikembalikan dalam keadaan baik. Sebarang kerosakan yang tidak termasuk dalam waranti akan dikira terjual. Dalam situasi ini, kami akan meneruskan bayaran ansuran sehingga harga penuh peranti dicapai (RM1,200).
Pembayaran
Bagi pembelian ansuran, hanya kad debit dan kredit sahaja diterima.
Anda mesti menyertai program auto-debit kami diawal pembelian anda untuk ansuran penuh selama lapan (8) bulan. Sekiranya anda memilih untuk memiliki peranti ini, kami akan meneruskan ansuran anda untuk lima (5) bulan selanjutnya sehingga harga penuh peranti (RM1,200) dicapai. Jika sebaliknya, kami akan menghentikan bayaran ansuran anda selepas tempoh sewa (3-bulan) tamat dan peranti selamat dikembalikan.
Boleh. Tapi anda hanya boleh menukar kad debit atau kredit yang ingin anda gunakan untuk bayaran ansuran bulanan.
Produk
Jika anda menerima produk yang rosak, sila maklumkan kepada kami melalui WhatsApp dan kami akan aturkan tukaran secepat mungkin. Bagaimanapun, sila maklum bahawa kami hanya akan membuat tukaran untuk kerperantian kilang.
Sebarang kerosakan oleh anda akan dikenakan pampasan penuh untuk produk tersebut.
Ya, anda akan mendapat waranti produk selama satu (1) tahun sepanjang tempoh sewaan 3-bulan anda. Sila maklum bahawa waranti kami hanya merangkumi kerperantian kilang dan tidak termasuk kerosakan diakibatkan oleh kelalaian penggunaan produk.
Sekiranya terdapat sebarang kerosakan di luar waranti sewaktu peranti anda dipulangkan, kami akan menganggap produk ini terjual dan meneruskan bayaran ansuran sehingga harga penuh peranti (RM1,200) dicapai.
Penghantaran
Kami akan menghantar produk anda sebaik sahaja kami menerima bukti pembayaran anda. Tempoh penghantaran bergantung pada lokasi anda dan kurier yang digunakan.
Tidak boleh. CityLink ialah kurier yang telah kami tetapkan, melainkan anda benar-benar perlu.
Kami menghantar pesanan ke seluruh Malaysia, selain yang tidak dinyatakan. Berikut merupakan anggaran tempoh penghantaran berdasarkan lokasi anda:
- Lembah Klang (Selangor, W.P. Kuala Lumpur, Putrajaya): 3-5 hari bekerja.
- Semenanjung: 7 hari bekerja.
- Sabah & Sarawak (Lokasi Akses Jalan Raya): 14-21 hari bekerja.
Sila maklum bahawa ini hanyalah anggaran sahaja; faktor luar boleh mengakibatkan kelewatan. Hubungi kami sekiranya anda berhadapan dengan sebarang masalah.
Ya, anda boleh membuat pengambilan kendiri. Bagi membuat pengambilan kendiri, sila ke alamat berikut;
Cellgen Lifesciences Sdn Bhd
Unit 11-8, Level 8, The Boulevard Offices,
Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra,
59200, WP Kuala Lumpur.
Pastikan anda membawa bukti pembayaran untuk mengesahkan pesanan anda.