Description
Rangsangan Lebih Baik untuk Setiap Keperluan Anda
300mg CoQ10 dalam setiap kapsul
Tingkatkan tenaga untuk prestasi bersukan
Diperakui dapat meningkatkan kesuburan
Didatangi dalam bentuk kapsul softgel “bovine”
Apakah CoQ10?
Koenzim Q10 (CoQ10) ialah sejenis kompaun penting yang dihasilkan oleh badan anda. Kompaun ini penting bagi penghasilan tenaga dan berfungsi sebagai antioksidan untuk melindungi sel anda daripada radikal bebas.
Tahap CoQ10 dalam badan menurun mengikut usia dan merupakan salah satu sebab mengapa anda rasa lebih penat apabila anda usia anda meningkat. Anda boleh meningkatkan tahap CoQ10 badan anda dengan mengambil produk suplemen tambahan. Anda juga boleh mendapatkan CoQ10 daripada sumber pemakanan, tetapi jumlah kandungan CoQ10 daripada sumber ini biasanya amat sedikit.
Fakta Pemakanan
(Ubidecarenone)
Cadangan Pengambilan Harian: Ambil satu (1) hingga tiga (3) kapsul sehari selepas makan untuk kesan optimum.
Diformulasikan di New Zealand
Kebaikan CoQ10
Meningkatkan Tenaga
Meningkatkan Stamina
Mengurangkan Keletihan
Meningkatkan Daya Fokus
Meningkatkan Kesuburan
Memperbaik Pengaliran Darah
Meningkatkan Kesihatan Jantung
Melegakan Sakit Kepala
Mengurangkan Kekerapan Migrain
Perlindungan Antioksida
Mengurangkan Penuaan Kulit
Anti-radang
MEMPUNYAI KAPSUL SOFTGEL BOVINE 300MG
Kenapa Kapsul Softgel?
Penyerapan kapsul jenis softgel lebih baik daripada kapsul lain seperti pil atau tablet. Kapsul softgel juga lebih stabil dan mempunyai jangka hayat lebih lama. Setiap kapsul StemLabs® CoQ10 300mg mengandungi CoQ10 dalam bentuk Ubiquinone, juga dikenali sebagai Ubicarenone.
Waktu terbaik untuk mengambil StemLabs® CoQ10 300mg adalah pada waktu pagi, sebelum senaman harian anda, ataupun sebelum anda memulakan kerja harian untuk mendapatkan penambahan tenaga yang anda perlukan. Pastikan anda mengambilnya selepas makan.
Anda boleh mulakan dengan satu (1) kapsul sehari berdasarkan keperluan anda dan tingkatkan dos bila perlu. Dos keperluan anda boleh berubah mengikut komposisi semula jadi badan anda, aktiviti harian dan tujuan pengambilan.
Bagi mereka yang berikhtiar untuk hamil (TTC), kami cadangkan anda mengambil satu (1) hingga dua (2) kapsul setiap hari. Dos optimum yang disyorkan untuk meningkatkan kesuburan ialah 300 – 600mg sehari.
StemLabs® CoQ10 300mg paling sesuai untuk individu aktif 18 tahun ke atas, ahli sukan, individu dengan kerja berat, pasangan yang berikhtiar untuk hamil (TTC) , pengguna ubat statin, dan individu dengan masalah kesihatan seperti:
- Darah tinggi
- Kolesterol tinggi
- Kencing manis
Kami menasihatkan anda untuk merujuk doktor atau ahli farmasi anda sekiranya anda mempunyai diagnosis lain dan bagi mengajukan sebarang kemusykilan.
Ya, boleh. StemLab® CoQ10 100mg adalah ramuan tunggal yang neutral dan ianya tidak akan berinteraksi dengan bahan lain. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan anda menyemak label produk suplemen anda untuk mengelakkan dos berlebihan – dos maksimum harian untuk CoQ10 ialah 1,200mg.
Ya, anda boleh mengambil StemLabs® CoQ10 300mg dengan ubat lain, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, ubat statin. Pastikan anda mempunyai jarak dua (2) jam antara ubat anda dan suplemen kami.
Sila dapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi anda jika anda mengambil ubat dos tinggi atau sedang menjalani rawatan untuk sebarang sakit kronik.
Ya, anda boleh mengambil satu (1) hingga dua (2) kapsul StemLabs® CoQ10 300mg untuk membantu mengurangkan tahap keterukkan, kekerapan dan tempoh migrain anda. Walau bagaimanapun, produk kami bukan ubat atau rawatan dan harus dianggap sebagai suplemen tambahan sahaja.
Ya, anda boleh. CoQ10 telah dikaji dan terbukti membantu meningkatkan kesuburan. Anda boleh mengambil satu (1) hingga dua (2) kapsul setiap hari untuk membantu meningkatkan kesuburan anda. CoQ10 membantu meningkatkan kualiti sel oosit dan sperma, yang dapat bantu meningkatkan peluang kehamilan.
Ubiquinone (atau dikenali sebagai Ubicarenone) dan Ubiquinol merupakan dua bentuk molekul CoQ10. Secara biologi, badan anda sebenarnya secara berterusan menukar Ubiquinone kepada Ubiquinol dan sebaliknya berdasarkan keperluan badan anda pada setiap masa, jadi mana-mana bentuk akan memberi anda manfaat yang sama.
Pembayaran
Selamat
Cepat
Perkhidmatan
Pelanggan
Reviews
There are no reviews yet.